Main Menu
Search

Bahasa Melayu


Hanya secebis kenangan

Angin petang bertiup lesu menyapa pipiku...
Jendela rumahku menjadi saksi untuk mengimbas kembali kenangan lakuku. Enam tahun menimba ilmu di sini banyak meninggalkan kenangan pahit dan manis. Kenangan itu jugalah akan aku abadikan dalam hidup ini kerana ia nya berlaku sekali dalam hidup. Inilah yang aku akan kongsikan bersama dengan semua.
Aku masih ingat lagi suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Peristiwa ini berlaku lima tahun yang lalu. Ketika itu aku mula-mula memasuki alam persekolahan di SJK(C)Poi Lam.
Pada pagi itu, aku bangun awal kerana tidak sabar lagi untuk ke sekolah. Aku memakai baju, kasut dan menggalas sebuah beg sekolah baharu yang telah bapa belikan beberapa hari sebelum sekolah bermula.Selepas bersarapan, aku mengikut ibu ke sekolah. Semasa di sekolah aku dapati ramai murid dan ibu bapa menghantar anak-anak mereka masing-masing . Maklumlah baru menjejakkan kaki dalam Tahun Satu. Hati aku pada masa itu agak gemuruh untuk menghadapi suasana persekolahan yang baru ini. setelah semua urusan kemasukan selesai, aku ditempatkan di sebuah kelas bersama-sama murid-murid yang lain.
Pada suatu hari, aku berasa ingin membuang ari kecil. Namun aku tidak berani untuk memberitahu cikgu. Aku makin tidak selesa sehingga aku tidak dapat tahan lagi. Dengan tidak aku sedari, uniform aku mula basah. Oleh sabab ketakutan aku pun menangis. Angin petang berlaku membawa senyuman ku..
Guru kelas mententeramkan aku lalu beliau segera menelefon ibu aku. Tidak lama kemudian, ibu pun sampai. Aku dibenarkan pulang bersama-sama ibu. Aku berasa sungguh malu terhadap rakan-rakan yang lain. Ada juga wajah-wajah nakal sambil tersenyum memerhatikan aku ketika itu. Ibu menasihati aku supaya memberitahu guru supaya guru boleh membantu. pengalam inilah yang paling menjadi kenangan buat duri aku sampai bila-bila. sesungguhnya apa yang berlaku telah mendewasakan aku dan perkara seperti itu tidak berulang lagi. Aku hanya mampu tersenyum apabila menyingkap kembali saat-saat itu ketika bersendirian kenangan itu akan aku bawa bersama apabila aku melangkah ke sekolah menengah tidak berapa lama lagi.
Anginpetang pun terus berlalu meninggalkan aku..
Jessie Leuk Siew Pin 6C



CITA-CITA SAYA

Dalam dunia ini, saya yakin setiap manusia mempunyai cita-citanya sendiri. Saya turut mempunyai cita-cita. Cita-cita saya ialah menjadi seorang doktor.
Saya memilih untuk menjadi seorang doktor kerana saya hendak merawat sesiapa sahaja yang sakit. Saya bersimpati melihat pesakit-pesakit yang dirawat di hospital. Keadaan ini menguatkan semangat saya untuk membantu mereka.
Sebelum dapat mencapai cita-cita saya, saya perlu melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di universiti. Saya perlu menghabiskan kursus perubatan yang mengambil masa selama 5tahun. Selepas berjaya menamatkan pengajian, barulah saya digelar seorang doktor.
Saya juga bercita-cita membuka sebuah klinik. Saya akan mengenakan bayaran yang sederhana. Bagi mereka yang tidak berkemampuan, saya akan merawat mereka dengan percuma. Beginilah caranya saya dapat berkhidmat kepada masyarakat.
Oleh itu, saya perlu belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita saya. Ibu bapa saya pasti akan berasa bangga sekiranya saya berjaya menjadi seorang doktor.
Raymond Goh 3J



|马来语| |华语| |英语|


Created & Managed by Supersoft (c) 2009 Supersoft DotCom